Wednesday, 14 September 2016

Cinta Pada Seni.


Cinta pada seni.
Ibarat pokok dan daun.
Ada burung tenggek di dahan.
Ada rindu pada angin.


Sunyi pagi hari.
Ayam bersilang kokok.
Mak sibuk di dapur.
Sedia sarap adik ke sekolah.


Dingin hening pagi.
Timba air tepi perigi.
Hati jauh mencari.
Pada si dia jauh di hati.


Cinta itu dari jiwa.
Ada duka ada tawa.
Bila rasa duka.
Jangan sesekali jadi lara.







Tuesday, 13 September 2016


Sahabat. 


Petang itu kita duduk santai
Sengaja bercerita sambil mengintai
Sejarah lama luka gembira
Sejarah lapuk tidak mengira.

Kau buka cerita
Aku imbau derita
Aku nampak airmata kau bergenang
Sedang aku buat-buat tenang.

Kau buka kenangan
Mak ayah berjual santan
Aku sangat terkesan
Dalam jiwa terobek perlahan-lahan.

Aku jua seperti kau
Kecil-kecil sudah merantau
Kuala Lumpur aku imbau
Saat duka lara menjadi perantau.

Malas bercerita kisah pahit
Hanya kenangan kadang menggamit
Sekadar tauladan mereka yang perit
Tabah hidup jangan sempit.

Jangan takut hidup di kota
Kita manusia sama nestapa
Hati kental mahu sekata
Bukan tunggu derita menimpa.


Autism. (AUTISME IS NOT A TRAGEDY, IGNORANCE IS)

Bagaimana cara kita diagnosis anak autisme.

Langkah 1
Adakah anak anda seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya?
Perhatikan
Cara anak berkawan..
Pertuturan anak..
Tingkah laku anak..

Langkah 2
Sekiranya perkembangan anak anda jauh berbeza dari kanak-kanak lain..
Jalankan ujian SARINGAN M-CHAT
SILA RUJUK
Rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0-6).
Jika keputusan tidak memuaskan klinik akan rujuk anak ke pakar kanak-kanak di hospital.

Langkah 3 
Doktor pakar akan menjalankan ujian lanjut. Doktor akan nilai beberapa kali untuk kepastian sebelum membuat keputusan. 
Apabila ciri-ciri pada anak telah disahkan. Doktor akan mengeluarkan surat bahawa anak SAH mengalami autisme.

INILAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DIAGNOSIS.

Kesimpulan.
Pantau perkembangan anak.
Jalankan ujian M-CHAT.
Jalani ujian lanjut oleh doktor pakar kanak-kanak.
Doktor pakar akan memberi diagnosis.