Kuala Lumpur
Saat hadir pertama kali
Aku belum cukup umur
Terngiang-ngiang di sudut hati
Abah pesan jangan takbur
Melangkah ke bumi mu
Aku rasa sesuatu
Masih buntu
Kaki kaku
Malam pertama di Gombak
Ada sebak
Tapi aku masih gelak
Mengenal teman baru makin sesak
Pernah suatu ketika
Aku tiada bahu menghambur air mata
Hanya yang ada teman yang setia
Tiada keluarga tiada saudara
Abang cakap aku kena kuat
Walau tiada yang mahu genggam erat
Aku bangun dengan matlamat
Aku mesti jadi hebat
Tiada yang peduli
Walau selalu sendiri
Akhirnya aku jadi begini
Perempuan kerdil yang bisa hidup di sini
Tanpa sesiapa di sisi.